Wednesday, September 16, 2009

Kenapa Memusuhi Cinta


Admin benci manusia yang suka menghukum cinta. Admin telah bergelut dengan cinta sejak kecil dan admin banyak kehilangan cinta waktu baru menarik nafas yang membuatkan admin teramat amat menghargai cinta. Manusia yang tidak ada cinta dihatinya akan hilang nilai kemanusiaan sekalipun bergelar seorang yang beragama.

Kenapa perlu kita memusuhi cinta?

Dengan cintalah kita lahir didunia ini melalui hubungan suci kedua ayah dan ibu kita. Diatas cintalah kita dapat menjenguk bulan dan bintang dan bermandikan cahaya. Diatas cintalah kita disusui. Diatas cintalah kita dididik hingga menjadi hamba hamba yang beriman. Diatas cintalah kita mengenal Allah dan meletakan dahi untuk sujud menyembahnya. Diatas cintalah kita berjuang dan berdakwah. Diatas cintalah kita kan mengintai syahid. Diatas cinta Allahlah kita dimasukkan ke jannah.

Kenapa menuduh cinta?

Kenapa menuduh cinta yang melahirkan bayi bayi zina’. Kenapa menuduh cinta yang mendatangkan bala’ bala’ Allah. Kenapa tidak kita tuduh orang yang tidak cinta kepada hukum Allah yang bersalah. Yang tidak cinta syariat Allah yang bersalah. Yang tidak cinta sunnah yang bersalah dan diatas asbab inilah mereka menuduh cinta punca segala masaalah untuk menutup kemunafikan mereka kepada deen ini.

Lihatlah implikasi tiada wujud cinta dihati?

bayi bayi dibuang, suami isteri berperang , emak ayah diterajang, anak yatim diabaikan sehingga agama diletak dilongkang.

Inilah manusia, perkara pokok dilindungkan yang cabang diwar war kan.
Admin tak nafikan penyelewangan cinta berladmin!
Dan terwujudnya cinta cinta yang terlarang.

Tapi apakah dengan kes kes begini kita musuhi cinta seperti memusuhi yahudi dan nasrani tanpa kita menyelidiki akar akar dan tunjang yang menjadi penyebabnya? dimana ulama’2, kadhi kadhi, penceramah penceramah agama, pemimpin pemimpin kerajaan, ahli ahli politik? Apakah mereka tengah radmins melahap dunia. Mengira dan membilang harta untuk mewarisi qarun dan firaun.

Kenapa tidak duduk berfikir dan menggunakan segala kemudahan untuk memantau permasaalahan ini.

Apakah kamu semua penghukum penghukum remaja yang bercinta dengan hukuman denda RM500 ringgit untuk perzinaan. RM200 untuk sumbang mahram. Atau Rm100 ringgit untuk berkhalwat. Apakah ini tugas kamu sebagai mufti dan kadhi atau kamu hanya menjadi ayam daging kepada pemerintah.

Jika itulah kamu. Maka kamu adalah lebih hina dari penzina penzina kerana penzina hanya berdosa besar tapi kamu menyeleweng dengan tidak menjalankan hukum Allah yang sebenar yang membawa kepada riddah kekufuran!

Kamu wahai remaja dan adik adik ku yang bercinta!
Ingatlah! Kita hidup dizaman kera
dan janganlah kita seperti kera … melupai ikatan kita dengan Allah yang memilih kita untuk melihat dunia ini.

Admin tahu permasaalahan kamu. Admin tahu naluri kamu. Admin tahu persekitaran kamu. Admin tahu perkembangan teknologi kini. Admin tahu kamu tidak dapat mengelak dari terjebak dengan cinta dengan suasana perhubungan yang canggih diakhir zaman ini dengan pergaulan diuniversiti dan sekolah. Sebaik mana pun kamu. Sealim mana pun kamu. Bertutup aurat ke kamu atau telanjang nya kamu namun kamu tdak dapat lari dari bi’ah dan suasana ini. Lambat laun kamu akan terjebak jua …

Namun kamu kena pelihara kesucian diri kamu kerana itulah nilai diri seorang manusia dan sekiranya tercemar dan kamu bertaubat selepas itu pun tidak sama sepertimana kamu mula mula dilahirkan dalam keadaan yang original ….

Ingat pesan rasullulah :
Tidaklah masuk syurga seorang dayyus? lalu sahabta bertanya. Apa itu dayyus wahai Rasullulah? Ya itu orang yang tidak memiliki rasa cemburu terhadap harga dirinya
HR Nasa’i

Admin tidak banyak boleh menyelesaikan masaalah kamu kecuali kamu sendiri ingin menyelesaikannya. Cuma yang boleh admin ingatkan ialah sekiranya kamu seorang wanita, ingat pesan Alquran :
Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, lelaki yang jahat adalah untuk wanita yang jahat dan wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat”
Quran jelas menjelaskan. Dan lelaki yang berada di sebelah kamu sekarang yang bukan mahram kamu adalah penzina’ yang menanti peluang untuk melahap kamu seradminsnya
Tadmintlah engkau akan zina’. Sesungguhnya didalm perbuatan zina’ ada empat kerugian Menghilangkan kewibawaan/kehormatan, memutuskan pintu rezeki, membuat Allah murka dan menjadikan peladminnya kekal selama lamanya didalam neraka
HR Thabrani

Duhai adik adik ku yang sedang lazat bercinta, kembalilah keduanya kejalan yang dihalalkan kerana islam tidak pernah mengharamkan cinta namun ada batas batas yang wajib kamu hindari. Berdoalah. dan munajatlah selalu dengan munajat cinta

Duhai Allah, kurniakanlah padadmin cintaMu, dan cinta orang yang cintanya, bermenfaat bagiku dihadapanMu.

Duhai Allah, jadikanlah yang tyelah Engkau kurniakan kepadadmin dari hal hal yang admin cintai, sebagai kekuatan bagiku dalam melaksanakan apa yang Engkau cintai

Duhai Allah, jadikanlah apa yang Engkau singkirkan dariku dari hal hal yang admin cintai, sebagai kekosongan bagiku dalam menjalankan apa yang Engkau cintai.

Duhai Allah, admin memohon kepadaMu kelazatan memandang wajahMu yang mulia dan admin memohon kepadaMu kurnia kerinduan untuk bertemu denganMu
HR ~ AtTirmidzi, Ibnu AlMubarak, An nasa’i dan Ahmad

Selesaikanlah permasaalahan cinta kamu dengan menikah sesegeranya jika kamu mampu dan punya kesempatan. Dan mintalah bantuan orang tuamu kiranya tidak boleh menahan gejolak nafsu yang tidak terkawal. Tapi ingat! perkahwinan tidak menyelesaikan semua masaalah kecuali kamu bersedia untuk membina rumahtangga muslim yang diredhai Allah.

Wahai pemuda, barangsiapa diantara kamu mampu menikah, maka menikahlah! Sesungguhnya pernikahan itu boleh memejamkan mata ( dari pandangan maksiat ) dan lebih menjaga kemaluan ( dari perzinaan ). Dan barangsiap yang belum mampu menikah, maka berpuasalah, kerana puasa akan menjadi benteng baginya ( dari perbuatan maksiat )
HR ~ Jamaah

Itulah dia nasihat Rasul kepada kita. Siapakah lagi manusia yang sebaik baik memberi nasihat kepada kita, kalau tidak junjungan mulia itu yang maksum yang serba mengetahui maslahah kehidupan kita dizaman ini dengan perantaraan wahyu Allah supaya kita sentiasa dihormati didunia oleh manusia dan malaikat dialam maladmint ini dan kita sebagai lelaki dan rijal yang melindungi wanita adalah lebih ‘aula lagi dari terlibat dengan perkara begini.

Orang yang masih tetap suci hingga menikah, maka ia akan lebih boleh menghormati wanita sebagai pendamping hidupnya dan ibu bagi anak anaknya. Ia melihat cinta sebagai anugerah terindah dan abadi dari Allah. Dan wanita juga akan melihat kesucian itu sebagai salah satu dasar utama keikhlasannya hingga ia dapat memegang komitmen cintanya hingga akhir hayat.

~ Kata kata dari :~ Syeikh Mahmud Mahdi Al Istambullli dari kitab Tuhfatul ‘Arus
Tiada siapa melarang kita bercinta dan jatuh cinta asal tidak melanggar hukum hakam agama.

Bolehkah?

Boleh …..asalkan cinta itu kita jadikan taaruf untuk kita saling mengenal dan memahami dalam merancang mendirikan rumah tangga, bukan bercinta yang tiada perancangan yang boleh menjatuhkan martabat kita sebagai seorang wanita dan lelaki yang rosak akhlaknya.

Barangsiapa yang jatuh cinta, lalu tetap menjaga kesucian dirinya, menyembunyi rasa cintanya dan bersabar hingga mati maka dia mati sebagai syahid

Untuk mu dan untuk ku jua.

Jumpa lagi

Friday, September 11, 2009

Cahaya Rasulullah


Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata:

"Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata,

" Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!

Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?"

Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."

Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"

Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."

Berdoa

Berkata Al-Barra' r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."

Kijang dan anaknya

Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w.:

"Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."

Bersabda Rasulullah S.A.W. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?"

Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabil disebut nama engkau disisinya."

Lalu Nabi S.AW. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya."


Kijang itupun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril A.S. dan berkata :

"Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman:

"Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."

Alhamdulillah..marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad.

TabarakAllah

Waktu Tiada Penghujung


Betapa hebatnya waktu mengatur kita. Ketika loceng jam hari kerja berdering, tanpa diperintah segera kita berkemas. Menyimpan kertas dan pensil dalam laci, lalu meninggalkannya jauh-jauh. Seolah semua persoalan telah terpecahkan untuk hari itu. Padahal masalah tetap terjaga selagi kita pejamkan mata.

Namun, esok hari, ketika lonceng jam kerja mulai berdentang, semua tumpukan masalah kita aduk, seolah ia terlampau banyak tidur semalam. Perselisihan pun bolehlah dilanjutkan kembali. Ah, betapa hebatnya waktu menghibur kita. Betapa berghairahnya waktu membangunkan kita.

Ketika kita mengatur waktu, sesungguhnya kita pun mengatur fikiran, mengatur emosi, dan mengatur perasaan kita. Kerana waktu adalah lingkaran dimana kehidupan kita berjalan, kita atur waktu untuk mengatur kehidupan.

Kita rayakan sesuatu kerana kita berjaya ciptakan hari besar. Kita heningkan diri kerana kita tegakkan kesyahduan. Dan, semua itu kita rangkai dalam jalinan waktu. Maka, hanya mereka yang tak kenal akan waktulah yang terjerat dalam persoalan tiada berhujung. Waktu tidak berhujung hinggalah hari pembalasan. Namun selepas itu juga waktu masih belum tahu penghujungnya.

Kredibiliti adalah sesuatu yang sangat berharga. Sekali kredibiliti telah hilang, akan sangat sukar untuk diperoleh kembali. Tanpa kredibiliti, adalah mustahil untuk memelihara dan mencapai suatu kejayaan. Perhatikan dalam lingkungan yang penuh ketidak percayaan dan prasangka, hanya sedikit yang dapat dicapai seseorang.

Janji dan komitmen bukan sekadar alat. Jauh lebih penting, keduanya adalah apa yang kita perlukan untuk membangun ataupun menghancurkan kredibiliti. Oleh itu, kita harus memilih komitmen apa yang mampu kita berikan, dan janji apa yang mampu kita tepati.

Sebuah kredibiliti yang kuat dan nyata, boleh membawa anda maju. Oleh kerana itu berhati-hatilah terhadap kredibiiti. Jangan korbankan itu demi kepentingan seketika. Berkatalah jujur, hormati komitmen anda, dan anda akan mampu meraih apa yang sekarang anda miliki atau atau tidak mampu anda mimpikan.

Saya Tidak Tahu.

Menjadi cerdas, tidak berarti mengetahui segala jawaban. Kadang1, jawaban paling cerdas yang anda dapat katakan adalah "Saya tidak tahu". Diperlukan rasa percaya diri dan kecerdasan extra untuk mengakui ketidaktahuan anda. Dan saat anda melakukannya, anda sedang dalam proses mempelajari jawaban yang sebenar.

Seringkali, kerana alasan kebanggaan dan mencegah rasa tidak selesa, kita mengatakan tahu, padahal kita tidak tahu. Dgn cara ini, kita telah menyia-nyiakan kesempatan untuk belajar lebih lanjut. Percayalah, tidak ada salahnya anda tidak mengetahui suatu hal.

Bahagian penting dari kebijaksanaan adalah mengetahui batas pengetahuan anda. Mengetahui apa yang anda tahu dan apa yang anda tidak tahu. Orang yang benar-benar cerdas adalah orang yang tahu dan mengerti, bahawa tak semua pertanyaan dapat ia jawab. Orang yang benar-benar cerdas, adalah orang yang mau bertanya, mau belajar, mau meningkatkan diri.

Gunakan pengetahuan yang anda miliki, dan miliki pengetahuan yang anda perlukan. Itu adalah jalan terbaik yang dapat anda tempuh.

Sinar Cahaya Ayat Kursi


Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi - nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya ? mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a. Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat... " Wassalam,

"Utamakan SELAMAT dan sihat untuk Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu

SEJARAH AYAT KURSI
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t. Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah - rumah di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan orang yang benar, pahala nabi - nabi juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Wednesday, August 5, 2009

Kata-kata yang Selalu kita Guna

Mari kita perhatikan kata-kata yang terkeluar ketika kita bercakap...
Nak tahu apa rahsianya...?

"Saya Memang.."
Mereka ini menginginkan sesuatu yang boleh memberikan rasa selamat pada diri mereka. Selain itu, mereka juda sangat mengambil berat tentang diri orang² yang disayangi

"Saya Rasa.."
Mereka merupakan seorang yangs sensitif dan agak emosi. Pantang tersentuh,angin satu badan nampaknya. Sebab itu kena banyak gunakan diplomatik sekiranya berurusan dengan mereka ini. Sekiranya mereka ini terluka, luka itu akan sentiasa diingati sepanjang hidup. Dalam erti kata lain mereka ini agak pendendam orangnya.

"Saya Fikir.."
Kamu dikatakan bijak dalam membuat keputusan dan sentiasa berfikir jauh. Kamu juga seorang gemar berfikir tentang perkara apa saja dan gemar bertukar pendapat tentang apa saja untuk meluaskan pandangan.Bahkan mereka ini terbuka untuk menerima idea dan pendapat baru daripada orang lain.

"Saya Percaya.."
kamu merupakn seorang bersemangat dalam hidup dan ia juga melambangkan keyakinan diri. Kamu mudah percaya pada orang lain dan itu juga kelemahan diri kamu. Sebabnya, nanti mudah tertipu .Namun yang penting, kamu percaya kepada diri sendiri dan kebolehan yang dimiliki.

"Pada Pendapat Saya.."
Jelas sekali kamu ini yakin dengan apa yang kamu lakukan. Tapi kadangkala keyakinan itu tidak betul. Jadi kamu harus belajar unutk menimbangkan pendapat orang lain.

"Saya Tahu.."
Kamu mempunyai pendapat yang kukuh tentang apa juga perkara. Mungkin kerana kamu ini merupakan seorang yang genar membaca dan luas pandangan. Kadangkala itu. kamu seorang ibarat "kamus bergerak". Tanya saja . mesti tahu punya. Satu kelemahan kamu, kadang kala kamu seolah2 berlagak, macam Profesor serba tahu pula.

"Saya Akan.."
Mereka ini dikatakan sukar berkata "tidak" dalam apa jua perkara sekalipun apatah lagi perkara itu memeng menjadi target utama kamu selama ini. Kamu yakin kamu berjaya mendapat apa sahaja yang kamu inginkan selama ini.Tapi ingat, usaha itu pun perlu ada, yakin saja tidak memadai

Monday, August 3, 2009

Lima Cara Syukuri Nikmat

KETIKA Saidina Umar al-Khattab mengerjakan tawaf di keliling Kaabah, beliau terdengar doa seorang lelaki."Ya Allah masukkanlah aku dalam kumpulan orang yang sedikit."Terkedu juga Saidina Umar dengan doa yang agak ganjil itu.Biasanya manusia suka kepada kumpulan yang ramai. Malah, kita sendiri mahu mempunyai ramai kawan. Jika pengikut ramai, lagi kukuh dan gah kita.

Tetapi lain pula halnya dengan lelaki terbabit.Apabila ditanya, rupanya lelaki itu menjelaskan begini: "Tidakkah tuan baca dalam al-Quran. Allah menjelaskan ayat yang bermaksud:... sedikit sahaja di kalangan hamba-Ku yang bersyukur... " Rupanya, dia berdoa supaya menjadi golongan orang yang bersyukur.Daripada ayat itu, memanglah Allah memberitahu kita sangat sedikit orang yang tahu berterima kasih dan bersyukur.

Tersenyum Saidina Umar.Sangat ramai di kalangan manusia sibuk berfikir bagaimana hendak mendapat yang diidamkan. Tetapi sangat sedikit manusia yang berfikir, bagaimana hendak bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan dengan apa yang dimiliki.Kita wajib bersyukur kerana dengan bersyukur kita mendapat jaminan pertambahan dan gandaan. Yang menjamin ini datang daripada Tuhan Yang Maha Kaya lagi Berkuasa iaitu Allah.Firman Allah bermaksud: "Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambah nikmat dan jika kamu kufur sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."Jika kita perhatikan, zaman sekarang mana ada yang percuma. Semuanya mesti dibayar, malah sikit-sikit bil, sikit-sikit bil. Lambat bayar kena amaran, lama-lama kena tindakan.

Akan tetapi Allah, Tuhan Yang Maha Kaya, boleh memberikan secara percuma tanpa bil seperti udara percuma, jantung percuma, mata dapat melihat tanpa bayaran, malah semuanya tidak kena bayar.Apabila dikenangkan kebaikan percuma, sepatutnya timbul rasa terima kasih dalam diri kita kepada pihak yang memberi itu iaitu Allah. Itulah namanya bersyukur.

Remaja yang sentiasa fikirkan kebaikan orang tuanya juga akan timbul di dalam dirinya rasa ingin membalas budi terhadap segala jasa dan pengorbanan mereka yang tidak terkira.Bersyukur itu sangat besar kedudukan dalam Islam. Tetapi jika tidak bersyukur jadi kufur.Oleh itu, marilah kita bersyukur. Bagaimana bentuk syukur patut kita lakukan? Sebenarnya ada lima bentuk syukur nikmat perlu kita renungkan.

Pertama: Yakinlah segala nikmat itu datang daripada Allah.

Kedua: Apabila kita mendapat pujian kerana sesuatu kelebihan, pulangkan kepada Pemberinya iaitu Allah. Kalau kita cerdik, ucap saja 'alhamdulillah' (segala puji bagi Allah) kerana yang memberi otak dan kecerdikan ialah Allah.

Ketiga: Terima kasih pada orang yang menjadikan penyebab nikmat. Bila cerdik kena syukur juga pada orang yang membantu kita cerdik seperti guru dan ibu ayah.

Keempat: Jadikan segala nikmat diperoleh sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah.Jika kita mendapat anak misalnya, cara bersyukur ialah didik anak betul-betul hingga menjadi orang berguna pada agama, bangsa dan negara. Mereka yang menjadi guru dan mempunyai ilmu patut berkhidmat dengan ikhlas untuk umat.

Kelima: Ceritakan nikmat anugerah Allah itu kepada orang lain. Memperlihatkan sebahagian nikmat adalah termasuk dalam erti kata syukur. Tetapi dalam bab ini, kita mesti berhati-hati, kerana dibimbangi mengundang riya'.

Friday, July 17, 2009

NASIHAT LUKMANUL HAKIM


"Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk dinasihati, maka dirinya akan mendapat perlindungan daripada ALLAH. orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat daripada orang lain, dia akan menerima kemuliaan daripada ALLAH."

Surah Penawar

Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s..w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya'Allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Berkawanlah Dengan "Penjual Minyak Wangi".

KAWAN mempunyai pengaruh cukup besar dalam pembentukan nilai dan perwatakan diri. Malah, kesannya boleh jadi berpanjangan, dari zaman remaja hingga ke alam dewasa.

Sekiranya pengaruh itu berunsur positif, tiada siapa menentang, tetapi bagaimana dengan pengaruh negatif? Tiada sesiapa menidakkan kesan dan pengaruh kawan sepergaulan serta sahabat seperjalanan.


Akhir-akhir ini, pengaruh dan kesan buruk cukup menonjol, misalnya merokok, melepak dan merempit.

Di sekolah, bahkan di mana-mana institusi, perbuatan seperti itu tidak diajar, tetapi bagaimana seseorang boleh tahu merokok dan mahir merempit? Bukankah ia lahir daripada kawan?

Berkawan tidaklah salah, malah dalam Islam amat digalakkan kerana menghubungkan ikatan persaudaraan. Tetapi apakah jenis kawan yang harus didekati?

Kawan yang dianjurkan ialah kawan yang baik serta ikhlas kerana Allah. Sikap Islam terhadap faktor dan peranan ini dapat dilihat dengan jelas daripada beberapa al-Quran serta hadis.

Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar." (Surah at-Taubah: 119)

Orang yang bersifat benar ialah orang yang baik, berbudi bahasa, berakhlak dan mengamalkan budaya hidup terpuji, bukan orang jahat serta suka berdusta.

Ayat lain menceritakan, kawan yang bertakwa sebenarnya kekal dan bermanfaat, sementara kawan tidak bertakwa akan bermusuhan sesama sendiri.

Ini memang benar kerana kawan yang bertakwa mengenal Tuhan dan menjadikan Tuhan sebagai rujukan dalam semua perkara, manakala kawan tidak bertakwa lupa Tuhan serta demi kepentingan masing-masing bercakaran, walaupun sesama sendiri.

"Teman-teman pada masa itu setengah dengan setengah yang lain adalah musuh melainkan yang bertakwa." (Surah al-Zukhruf: 67)

Dalam satu ayat lagi, Allah menceritakan mengenai penyesalan orang yang bertemankan si jahat.

"Aduhai, kiranya aku tidak menjadikan si pulan itu sebagai teman, sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari al-Quran, selepas aku didatangi olehnya. Dan sesungguhnya syaitan mendustai manusia." (Surah al-Furqan: 28)

Kita sama-sama memohon perlindungan dan berharap supaya tidak termasuk golongan yang rugi bertemankan yang jahat sehingga mengakibatkan diri tersesat daripada landasan kebenaran.

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: "Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."

Memang benar perumpamaan diceritakan itu. Apabila berkawan dengan orang baik, kita juga akan menjadi baik, tetapi jika berkawan dengan yang jahat, kita juga mungkin lambat laun serupa saja.

Walaupun kita tidak mengikut gelagat jahatnya, kadangkala tempiasnya terkena pada kita. Bukan sedikit orang yang berkawan dengan pencuri, juga dituduh mencuri, sedangkan dia tidak melakukannya.

Dalam sesetengah keadaan juga, kawan selalu diberikan keutamaan dan kepercayaan yang lebih berbanding ahli keluarga.

Malah, ada juga kawan yang dibela, manakala keluarga dicerca, sebagaimana penagih yang mahu menghilangkan ketagihannya. Kajian psikologi remaja amat jelas menunjukkan kebenaran ini.

Apa pun, tujuan berkawan sebenarnya untuk mendapatkan manfaat seperti bantuan dan perkongsian pengetahuan, bukan mencari keburukan. Perompak dan pencuri juga mencari kawan yang dapat memberikan faedah kepada dirinya.

Tuesday, July 14, 2009

Solat Dan Lima Jenis Manusia

SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.

Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: "Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya." (Surah al-Mukminun: 1,2)

Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.

Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

* Jenis Pertama

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi'raj.

Wednesday, July 8, 2009

Fakta Tidur

Pernahkah anda mengalami keadaan yang merimaskan terutama apabila sukar memberi tumpuan pada kerja atau pelajaran, merasakan otak ‘lebih lembap’ dan lambat berfikir berbanding dulu?

Mungkin ada yang berpendapat ia disebabkan peningkatan usia. Mungkin pendapat itu benar tetapi kajian menunjukkan masalah sukar menumpukan perhatian dan ‘kelembapan’ otak ini mempunyai kaitan dengan kekurangan tidur.

Keperluan tidur setiap orang berbeza-beza tetapi secara puratanya kita memerlukan tujuh jam tidur yang lena bagi membolehkan badan berfungsi dengan baik pada keesokan harinya.

Tidur yang cukup bukan setakat merehatkan badan atau mengelakkan masalah mata cengkung tetapi ia mempunyai manfaat yang lebih penting. Tidur adalah satu keperluan dan ketika inilah badan akan memperbaiki kerosakan yang berlaku pada sel serta membina sel baru.

Malah, ketika tidur, otak kita sibuk membuat persediaan untuk menghadapi keesokan harinya. Kajian ke atas haiwan dan manusia mendapati tidur yang cukup mampu meningkatkan keupayaan untuk belajar dan membantu memelihara daya ingatan seseorang.

Dalam satu kajian, responden disuruh bermain piano mengikut nada tertentu. Kumpulan yang dilatih pada waktu pagi dan diuji 12 jam kemudiannya tidak menunjukkan perubahan yang ketara. Tetapi kumpulan ini menunjukkan peningkatan prestasi sebanyak 20 peratus selepas mendapat tidur yang cukup.

Kumpulan kedua yang dilatih pada waktu petang juga menunjukkan peningkatan prestasi sebanyak 20 peratus selepas tidur pada waktu malam. Namun, ujian selepas 12 jam berjaga mendapati prestasi responden tidak berubah atau tiada peningkatan. Ini menunjukkan tidur memainkan peranan penting dalam kebolehan belajar.

Apa sebenarnya yang berlaku ketika tidur masih belum dapat diterangkan dengan terperinci tetapi penyelidik percaya tidur membolehkan otak memproses semula perkara yang baru dipelajari supaya ingatan itu kekal.

Kajian selanjutnya mendapati tidur sekejap pada tengah hari juga dikatakan memberi manfaat terhadap kemampuan untuk belajar. Ujian ingatan terhadap responden yang diberikan empat kursus secara terus menerus menunjukkan keputusan yang agak ‘buruk’.

Bagaimanapun, daya ingatan mereka jauh lebih baik apabila diberikan rehat (tidur selama setengah jam) selepas dua kursus. Keputusan ini mencadangkan jika seseorang itu mendapat cukup rehat (fizikal dan mental) mereka mampu mempamerkan prestasi kerja atau pembelajaran yang lebih memberangsangkan.

Ini kerana selepas bangun daripada tidur, otak lebih segar dan boleh berfikir dengan cepat dan tepat. Tidur yang mencukupi juga dapat mengurangkan tekanan dan keresahan yang secara tidak langsung boleh menjejaskan kemampuan belajar.

Mungkin inilah sebabnya mengapa bayi, kanak-kanak dan remaja memerlukan lebih banyak tidur berbanding orang dewasa. Malah, kajian berkenaan juga menjelaskan mengapa golongan yang amat muda ini mudah menerima dan belajar perkara baru dalam hidup mereka.

Malah, tidur juga dianggap amat penting untuk proses pemulihan terhadap kecederaan otak termasuklah pada pesakit strok kerana mereka perlu belajar semula untuk menguasai bahasa dan rutin harian.

Ada penyelidik menyarankan supaya kita tidur apabila berasa mengantuk. Namun, ramai yang ‘mengabaikan’ keperluan badan ini dan berusaha melawan rasa mengantuk sehinggalah tiba waktu untuk tidur. Ada juga yang masuk tidur terlalu awal tetapi tidak dapat melelapkan mata walaupun persekitaran bilik tidur sangat menyenangkan.

Bagi individu yang bekerja syif juga boleh mendapat manfaat daripada tidur walaupun waktu tidur mereka berubah-ubah. Apa yang penting ialah mereka mesti mendapat tidur cukup dan baik (lena).

Tuntutan dan tekanan tugas membuatkan ramai antara kita yang mengalami masalah kekurangan tidur. Bahkan tidak kurang yang kerap terjaga pada waktu malam dan sukar untuk melelapkan mata semula.

Akibatnya kita mudah letih, mengantuk dan hilang daya tumpuan jika perkara ini berlanjutan. Malah, lebih buruk kekurangan tidur boleh menyebabkan seseorang mudah tertekan dan mengalami gangguan emosi.

Justeru, setiap kali anda menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian, kajilah semula gaya hidup anda. Kekurangan tidur, tabiat pemakanan yang tidak seimbang dan kurang bersenam semuanya memberi pengaruh besar dalam menentukan kualiti hidup kita seharian.

Kenali Empat Tanda KAsih Sayang

Bagi si bayi, sentuhan ibu memberi makna yang mendalam pada mindanya. Melalui wajah riang ibu, mereka juga dapat mewarnai kehidupan.

Terdapat empat tanda jalinan kasih sayang yang sering dilihat pada bayi yang mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada seorang ibu. Ia boleh dilihat mengikut peringkat umur.

Pada umur sebulan, bayi mula tersenyum, dua bulan kemudian mereka mula bersuara, usia empat bulan mereka cuba mencapai ibunya, menatap mata si ibu lebih lama dan gelak ketawa.

Kenali empat tanda jalinan kasih sayang iaitu:

Bayi lebih kerap tersenyum

Menyentuh bayi anda boleh membuatnya tersenyum dengan lebih kerap, yang membuktikan keeratan anda berdua.

Ketika bayi sedang membesar, dia akan mengukir senyuman setiap kali anda berada di sampingnya atau ketika dia menjangka kehadiran anda. Senyuman-senyuman ini menandakan bahawa dia berasa selamat dan bersedia mempelajari tentang dunia di sekelilingnya.

Bayi cuba mencapai ibunya

Apabila bayi cuba mencapai si ibu, bayi mahu memberitahu bahawa ibu supaya memeluk, membelai dan merapatinya. Ia juga membawa maksud bayi gembira dengan kehadiran ibunya.

Tindak balas positif anda tiap kali si manja mencapai ke arah anda akan membantu bayi lebih sedar pergerakannya dan akan membuat pergerakan yang bermakna.

Bayi bergelak ketawa

Bayi ketawa untuk menunjukkan perasaannya. Selain menunjukkan rasa teruja dan gembira, gelak pertama bayi menandakan perkembangan sosialnya. Ini merupakan satu tindak balas yang berlaku apabila dia berkongsi dunianya dengan orang tersayang.

Apabila bayi gelak, ia menunjukkan salah satu cara untuk bertindak balas dengan anda dan ingin memberitahu anda betapa seronoknya dia meluangkan masa dengan anda.

Dengan berbunyi-bunyi manja sewaktu kehadiran anda, bayi menunjukkan bahawa mereka mengenali si ibu dan sedang berhubung dengan anda.

Bunyi-bunyi tersebut menandakan kegembiraannya dan juga sebagai tindak balas kasih sayang, sentuhan dan perhatian yang anda berikan.

Bayi menatap mata

Bayi juga menggunakan isyarat mata untuk berhubung. Apabila bayi menatap mata anda, satu mesej berbaur kasih sayang sedang mengalir antara bayi kepada anda.

Ia merupakan salah satu kebolehan bayi yang dapat dikenal pasti. Pada hari-hari awalnya, bayi akan memberi sepenuh perhatian kepada anda dan lirikan matanya akan mengekori anda apabila anda hampir dengannya.

Bagi si manja, melihat wajah ibu mampu menenangkan dirinya. Adakalanya si manja seolah-olah sedang menenung anda. Mengapa? Bayi sedang cuba mengingat wajah anda dan mengenal pasti sebuah kasih sayang dan keselesaan.

Monday, July 6, 2009

Balasan Syurga Jika Silaturrahim Semarak

SILATURAHIM memberi pengaruh besar dalam kehidupan. Rugilah orang tidak menjaga hubungan itu, terutama di kalangan mereka yang paling hampir, seperti ahli keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga.

Jiran misalnya bukan saja golongan yang paling hampir dengan kita apatah lagi jika kita hidup sebatang kara, bahkan jiran adalah orang paling layak menegur dan memberi nasihat.


Rasulullah s.a.w menjelaskan mengenai ancaman orang yang menyebabkan jiran tetangganya tidak aman tenteram melalui sabda baginda bermaksud:

"Tidak akan masuk syurga seorang yang jiran tetangganya tidak aman daripada kejahatannya." (Riwayat Muslim)

Silaturahim yang dipupuk dari diri sendiri, membawa kepada ikatan kekeluargaan seterusnya diamalkan dalam hidup bermasyarakat mempunyai banyak kebaikan di dunia dan akhirat.

Pernah diriwayatkan, mengenai rumah yang tidak dimasuki syaitan. Antara rumah yang dibenci oleh syaitan ialah rumah yang penghuninya sentiasa menjaga dan menghubungkan silaturahim, menjaga adab dan berbakti kepada orang tuanya.

Selain itu, rumah yang penghuninya terdiri dari pasangan soleh dan solehah serta saling faham memahami dan bertolak ansur, malah suka memaafkan orang lain serta rumah yang sentiasa dipenuhi dengan ucapan salam dan meminta izin.

Rumah sebegini yang dipenuhi dengan amalan mulia, akan memupuk ikatan silaturahim berpanjangan.

Selain itu, pernah juga diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Samurah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum diisrakkan..."

Antara mimpi Rasullullah itu ialah baginda melihat seorang dari umatnya didatangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya. Namun, perbuatan malaikat itu terhalang oleh ketaatan dan kepatuhan umat terbabit kepada kedua ibu bapanya.

Baginda juga bermimpi umatnya cuba untuk berbicara dengan golongan mukmin tetapi mereka tidak membalas bicaranya. Namun, sifat silaturahim dan tidak suka bermusuh-musuhan umat itu menyebabkan golongan mukmin itu menyambut, malah membalas bicaranya.

Untuk menjalinkan silaturahim bukanlah sukar, apatah lagi dengan kemudahan dan kecanggihan teknologi perhubungan terkini yang membolehkan silaturahim dijalin lebih erat, lebih mantap dan kukuh.

Penggunaan telefon bimbit, emel, sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya banyak membantu untuk bertanya khabar dan mengekalkan silaturahim sesama kita.

Bukan itu sahaja, jarak perjalanan untuk mengunjungi ibu bapa dan sanak saudara boleh dipendekkan dengan sistem pengangkutan yang baik seperti kapal terbang, komuter, LRT dan kereta.

Malah, sistem jalan raya juga bertambah baik dengan pembinaan lebuh raya yang mampu memendekkan masa dan tenaga. Bukankah zaman serba moden seperti ini sepatutnya mengeratkan lagi silaturrahim yang sedia wujud?

Apa yang penting keinginan untuk bersilaturahim diwujudkan oleh sifat diri manusia yang tidak sombong, suka bersedekah, ikhlas dalam setiap perkara, saling kunjung mengunjungi terutama apabila ada kematian, majlis perkahwinan atau ketika sanak saudara dilanda musibah.

Apabila silaturahim antara keluarga dan masyarakat dijaga dengan baik dan utuh, negara juga akan menerima tempiasnya.

Tempias yang baik itu merangkumi ikatan silaturahim yang membentuk pengukuhan dari aspek ekonomi, politik, agama dan sosial.

Ikatan silaturrahim tidak terhenti setakat itu sahaja, malah berlangsung sehingga ke akhir hayat sehingga menjadi perhitungan di akhirat kelak.

Friday, July 3, 2009

Hati Yang Bersih


Pandangan mata selalu menipu

Pandangan akal selalu tersalah

Pandangan nafsu selalu melulu

Pandangan hati itu yang hakiki

Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih

pandangannya akan menembus hijab

hati jika sudah bersih

firasatnya tepat kehendak Allah

Tapi hati jika dikotori

Bisikannya bukan lagi kebenaran

Tapi hati jika dikotori

Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya PANDANGAN ALLAH

Jasad lahir tumpuan manusia

Hati tempat jatuhnya PANDANGAN ALLAH

Jasad lahir tumpuan manusia

UTAMAKANLAH PANDANGAN ALLAH

Daripada pandangan manusia

UTAMAKANLAH PANDANGAN ALLAH

Daripada pandangan manusia

Dugaan Makhluk yang Diciptakan...


hidup ini umpama buih di lautan.. terkadang hanyut ke muara..dan adakalanya terdampar di persisiran.. begitulah simbolik suatu kehidupan..

hakikatnya.. terlalu banyak dugaan yang mungkin di tempuhi.. terlalu banyak pancaroba yang sukar di tangani.. dan di saat indahnya senario malam.. membuai lamunan setiap makluk yang diciptakan dan di saat redupnya fajar mentari.. menghayalkan si makhluk yang rakus dengan hiasan duniawi
maka... sedarlah wahai makhluk yang diciptakan. lamunan itu akan pastinya berhenti.. berhenti pada suatu saat yang telah dijanjikan..
takkan terawal sedetik pun bahkan takkan terlewat sesaat pun.. itulah janji dari tuhan yang maha pencipta.. dan disaat itu tiada lagi amal kecuali mati.. tiada lagi taubat nasuha kecuali neraka.. tetapi tiada lagi yang lebih bahagia kecuali syurga..baginya tempat cuma yang senantiasa bertakwa ...

Tentang “Dia” 4

Sebulan telah berlalu, Alhamdulillah pelbagai dugaan dan rintangan telah dapat Dia lalui. Hari demi hari Dia makin sibuk melakukan tugas harian. Ada kisah baru dalam hidup Dia, Dia diminati oleh seorang guru praktikal iaitu Mr. S, kebetulan pula Dia suka melihat senyuman Mr. S. Walaupun Mr. S tidak berterus terang namun Dia sedar yang Mr.S suka padanya. Selagi Mr. S tidak berterus-terang selama itulah Dia akan mendiamkan sahaja. Takkan perigi pula mencari timba. Memang tidak dinafikan Dia juga mempunyai perasaan ingin mencintai dan juga dicintai. Tetapi apa yang di harapkan semuanya hancur apabila Dia mengetahui yang Mr. S merupakan tunangan org. Jadi apa niat sebenar Mr. S yang selama ini sibuk mengambil berat tentang Dia. Dia berasa sangat kecewa dan Dia berjanji pada dirinya bahawa Dia tidak akan mudah lagi terpedaya. Hari ini ada pelanggan yang pelik sikit perangainya, bukan lah pelik apa cuma pelanngan sangat lah ceria ketawa je kejenya. Dia tak tau apa namanya Cuma dia dgr kawannya memanggil ustaz. Dia melihat sahaja gelagat ustaz tersebut memilih pembalut hadiah, kebetulan tarikh tersebut ialah 14 february, Dia pun pelik aik takkan lah ustaz sambut valentine day rupenye birthday kekasih dia sama dengan hari valentine.....

Thursday, July 2, 2009

Air Kosong Penawar Pelbagai Penyakit

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

• Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
• Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
• Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
• Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau
minum untuk tempoh dua jam.
• Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat
permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara
berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
• Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.

1. Tekanan darah tinggi – 30 hari
2. Gastrik - 10 hari
3. Diabetes – 30 hari
4. Sembelit – 10 hari
5. Kanser – 180 hari
6. Tibi – 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

Dilema Orang Kidal

TINGGAL di dalam dunia orang kanan memang banyak cabaran kepada individu kidal. Ketika di sekolah, kerap tangannya diketuk guru kerana menulis menggunakan tangan kiri.

Seorang rakan sekelas yang juga kidal turut menerima nasib sama. Tidak mahu terus didenda, mereka belajar menulis dengan tangan kanan walaupun prosesnya payah.

Ini antara pengalaman dilalui Pengasas Persatuan Kidal Malaysia, Chong Siew Chin ketika kecil. Malah, dia juga kerap dimarah kerana dianggap individu yang kelam kabut, kerap menimbulkan masalah dan tidak cermat atau terlalu perlahan apabila melakukan sesuatu kerja.

Boleh dikatakan semua individu kidal mengalami masalah ini. Inilah perkara yang perlu ditempuhi kerana mereka hidup dalam dunia yang didominasi orang menggunakan tangan kanan.

Malah sejak zaman dulu lagi individu kidal sering diketepikan, dipandang hina dan banyak kepercayaan yang menafikan hak mereka.

Kepercayaan Cina kuno mentafsirkan kiri sebagai tidak baik, tidak sopan atau tidak boleh diterima langsung. Di kalangan penduduk Norway, hasil kerja individu kidal dikelaskan sebagai ‘kerja yang tidak sempurna’ dan perkataan ‘keivhendt’ atau kiri membawa maksud salah tangan.

Pada kebanyakan bahasa di Eropah, perkataan ‘kanan’ bukan saja bermakna ‘betul’ tetapi ia juga menandakan kecantikan, keadilan dan kekuasaan.

Malah mengikut sejarah, individu kanan dianggap mahir manakala individu kidal pula dilabel sebagai kelam kabut. Perkataan Latin ‘sinestra’ yang asalnya bermakna kiri juga membawa maksud ‘jahat dan tidak bernasib baik’.

Dalam dunia yang moden ini pun masih ada yang beranggapan menjadi individu kidal itu kurang elok tanpa sebab munasabah.

Secara purata 85 peratus penduduk dunia adalah individu kanan dan hanya 15 peratus kidal. Kajian mendapati lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.

Menulis menggunakan tangan kiri bukan petunjuk utama yang menentukan seseorang itu kidal kerana individu kidal juga boleh menulis dengan tangan kanan. Individu kidal adalah orang yang lebih banyak menggunakan tangan kiri dalam kerja seharian. Malah, tangan kiri mereka lebih cekap dan kuat berbanding tangan kanan.

Apa menyebabkan seseorang itu lebih cenderung menggunakan tangan kanan atau kiri? Kecenderungan penggunaan tangan ditentukan oleh otak. Ada banyak teori mengenai perkara ini, tetapi secara umumnya ia ditentukan oleh otak seseorang.

Otak kita mengawal bahagian badan yang bertentangan; iaitu pergerakan bahagian badan belah kiri dikawal otak kanan dan sebaliknya. Kajian membuktikan, pada individu kidal, pergerakan tangan mereka lebih banyak dikawal otak kanan.

Kidal bukan disebabkan keturunan walaupun ada kajian mengatakan ia ada kaitan dengan genetik. Biasanya dalam sesebuah keluarga hanya ada seorang yang kidal. Bagaimanapun, kata Chong, ibu bapa kidal mempunyai kecenderungan lebih tinggi mempunyai anak kidal.

Ia mungkin tiada kaitan dengan genetik, tetapi pengaruh ibu bapa yang lebih banyak menggunakan tangan kiri dalam kehidupan seharian. Pun begitu, ia bergantung juga kepada kecenderungan setiap anak untuk menjadi individu kanan atau kidal.

“Mengapa individu kidal sering dilabel sebagai kelam kabut? Mungkin ramai tidak sedar, mereka sebenarnya menghadapi masalah menggunakan peralatan yang sememangnya direka untuk kegunaan tangan kanan.

“Contohnya gunting. Jika individu kidal menggunting kertas, kertas berkenaan keronyok dan guntingannya mungkin tidak sebaik menggunakan tangan kanan. Ini kerana mata pisau gunting itu diletakkan untuk kegunaan tangan kanan. Jika dipegang dengan tangan kiri, mata pisau akan terbalik dan kita tidak dapat melihat garisan yang hendak dipotong.

“Individu kidal juga biasanya ada masalah apabila menulis. Bukan saja kertas, malah tangan juga menjadi comot kerana apabila menulis, tangan individu kidal terkena pada tulisan. Masalah lebih teruk jika seseorang itu kuat berpeluh.

“Malah, pandangan terhadap apa yang ditulis juga terhalang oleh tangan. Masalah ini tidak dihadapi individu kanan kerana kita menulis dari kiri ke kanan dan tangan tidak terkena pada tulisan,” katanya.


Antara masalah lain yang dihadapi ialah apabila:

# Menggunakan pengasah pensil (kerana kedudukan mata pisau)

# Membuka pintu khususnya jika tombol pintu berbentuk tangkai

# Menggunakan alat pembuka tin dan botol

# Menggunakan pembaris

# Garpu yang ada mata pisau (garpu kecil biasanya digunakan untuk sajian manisan)

# Pisau kek (jenis lama yang ada pemotong pada belah kiri)

# Bagi individu berbangsa Cina, kayu penyepit (jika makan menggunakan tangan kiri) berlaga dengan kayu penyepit orang yang duduk di sebelah kiri.

“Memang ada banyak masalah lain, tetapi kami belajar untuk lebih banyak menggunakan tangan kanan dan peralatan yang kebanyakannya direka bagi kegunaan individu kanan. Ketika proses pembelajaran dan penyesuaian inilah individu kidal biasanya dianggap kelam kabut.

“Kajian menunjukkan sesetengah individu kidal ada masalah disleksia (menulis huruf terbalik). Boleh dikatakan semua individu kidal boleh menulis secara terbalik — bukan saja huruf pada arah yang salah, tetapi perkataan ditulis dari belakang. Ia dipanggil tulisan cermin kerana jika dilihat dari dalam cermin, perkataan ditulis kelihatan normal,” katanya.

Walaupun menghadapi beberapa masalah, individu kidal sebenarnya ada kelebihan apabila mereka terpaksa menggunakan tangan dalam banyak pekerjaan seharian. Malah, secara umumnya individu kidal ada kemahiran dan kecenderungan lebih tinggi dalam seni dan bahasa.

Namun ini bukan bermakna mereka lebih baik daripada individu kanan.

Ada ibu bapa yang keliru dan tidak tahu untuk mengajar anak kidal. Ada beberapa panduan boleh diikuti seperti:

# Jika mahu mengubah kecenderungan penggunaan tangan si kecil, lakukannya dari awal iaitu ketika mereka masih kecil (dua atau tiga tahun). Jangan paksa anak kidal menjadi ‘normal’ kerana ia hanya mendatangkan banyak masalah dan kekeliruan. Sebaliknya, cari kelebihan anak dan beri galakan kepadanya.

# Walaupun kecenderungan penggunaan tangan ini boleh dilihat ketika kanak-kanak berumur tiga tahun, ia lebih ketara apabila meningkat umur lima tahun. Jika anda mengesyaki anak kidal tetapi masih tidak pasti, anda boleh lakukan ujian mudah untuk mengetahuinya. Letak satu objek di atas lantai dan minta anak mengambil dan membalingnya semula. Letakkan sudu di sebelah pinggan makannya dan lihat tangan mana yang digunakan untuk memegang sudu berkenaan dan makan.

# Untuk menulis, kertas atau buku perlu disengetkan ke kanan dan pastikan pensil (atau pen) dipegang dengan betul pada jarak sesuai (tangan tidak terlalu rapat dengan mata pensil).

Tidak perlu risau jika anak anda kidal kerana ia tidak menjejaskan pembelajarannya. Malah, menurut Chong, kini ada banyak peralatan direka khusus untuk kemudahan individu kidal seperti gunting, pengasah pensil, pembaris, pemegang pensil, pembuka tin dan buku. Semua barangan ini boleh diperoleh dari Persatuan Kidal Malaysia. Untuk keterangan lanjut sila layari laman web www.geocities.com/leftiesmalaysia atau emel ke leftiesmalaysia@yahoo.com.

Limpahkanlah Kasih Sayang

DALAM sehari semalam kita kerap menyebut perkataan 'Bismillah'. Semua di antara kita sudah tahu apa maknanya, iaitu 'Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang'.

Begitulah makna ayat al-Quran yang paling popular. Begitulah juga hebatnya Allah mengasihi makhluk yang dicipta-Nya.


Malah, golongan yang mengingkari-Nya pun masih dibenarkan tinggal di bumi-Nya. Mereka yang derhaka kepada-Nya pun masih diberi kesempatan menghirup udara-Nya, bahkan kadangkala rezeki makin bertambah.

Walaupun begitu, sudah banyak kita mendapat nikmat daripada-Nya tetapi jarang memberikan waktu untuk menghitungnya jauh sekali untuk membalasnya.

Setiap hari rasanya kita tidak terlepas meluangkan masa untuk mengambil sarapan kerana menganggap ia sangat penting.

Tetapi kenapa kita tidak sempat menggunakan beberapa minit untuk bersama memikirkan sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Allah, sebagai vitamin sebelum bekerja atau menunaikan tugas harian?

Cuba tanya hati sanubari kita, apakah nikmat yang sudah kita dapat sepanjang hari semalam?

Kita boleh tidur dengan nyenyak, rumah kita selamat daripada pencuri, anak ceria, kita sendiri bahagia dan sebagainya. Tetapi pernahkah kita rasakan itu adalah rahmat Allah atau dalam kata lain pernahkah kita bersyukur?

Itulah tandanya kasih sayang Allah dan selepas kita mendapat kasih sayang Allah pernahkah kita tebar dan sebarkan itu semua kepada makhluk Allah yang lain?

Sudahkah kita sayangi ibu bapa kita sebagaimana kasih sayang yang kita dapat daripada Allah itu? Kepada anak kita, teman dan rakan sejiran, teman dan rakan sepejabat kita, bagaimana?

Sebenarnya antara tugas kita di bumi ini untuk berkasih sayang tanpa memandang ras, warna kulit, bangsa dan agama, parti politik bahkan juga kepada binatang, tumbuhan dan alam sekitar.

Dalam satu hadis Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: "Orang yang bersifat pengasih akan dikasihi Allah Yang Maha Pengasih. Hendaklah kamu mengasihi makhluk di bumi, nanti kamu akan dikasihi penduduk langit."

Kepada mereka yang derhaka kita patut melihat dengan penuh kasihan belas sebab kesalahannya adalah kesusahan baginya.

Mereka perlu didekati untuk ditegur dengan baik bukannya kasar supaya penderhaka itu diselamatkan daripada murka Allah.

Golongan yang pengasih bersifat seperti di bawah ini:

• Di mana ada benci, biar kita yang membalas dengan sayang.

• Di mana ada hati yang terluka, di situ kita yang menjadi penghiburnya.

• Di mana ada keraguan, di situ kita yang meyakinkan.

• Di mana ada putus asa, di situ kita menebarkan harapan.

• Di mana ada kesedihan, di situ kitalah yang berkongsi bahagia.

• Di mana ada kegelapan, di situlah kita yang membawa cahaya.

Selagi kita mahu membantu dan mengasihi kita, selagi itu kita mendapat 'geran' kekayaan daripada Allah yang Maha Mengasihi.

Tentang “Dia” 3

Hari ini Dia telah mendapat gajinya yang pertama. Dia berhasrat untuk membelikan hadiah buat emak, ayah dan adik-adiknya. Dia berasa cukup gembira walaupun gajinya tidak seberapa namun telah dapat memenuhi hasratnya. Beberapa hari kemudian, Dia jatuh sakit dan selama itu dia tidak bekerja. Dua minggu selepas itu, Dia kembali semula bekerja. Selama Dia tidak datang kerja ramai pelanggan yang mencarinya. Semua pelanggan berpuas hati berurusan dengan Dia kerana Dia seorang yang ceria dan peramah. Namun bukan semua orang akan suka pada kita begitu juga dengan Dia, ada juga yang sakit hati dan dengki dengan Dia sampai ada yang menabur fitnah kepada Dia dimana Dia dikatakan melayan pelanggan dengan kasar serta mencuri tulang ketika bekerja. Dia sungguh beruntung kerana ibu majikannya tidak percaya dengan cerita tersebut, dan akhirnya kebenaran terbukti jua dengan menunjukkan Dia tidak berbuat seperti yang diperkatakan. Selepas kejadian itu, Dia makin disenangi oleh semua orang, lebih-lebih lagi oleh ibu majikannya.....

Kisah Pengemis Dengan Isteri Cun

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. "Tolonglah Encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu. Dalam hatinya berkata "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang: "Demi ALLAH, akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

Rasulullah SAW bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70 ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD SAW ada bersabda yang bermaksud: "Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya".

p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA KITA BERADA DI ATAS. ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN PULA KE BAWAH.

Wednesday, July 1, 2009

Asal Perkataan Ubat...

Semasa Melaka dijajah Portugis, Hang Nadim telah bekerja sebagai penjaga kaunter klinik untuk askar-askar Portugis. Pada hari pertama dia bekerja tidaklah tahu dia apakah yang perlu di sebut di deretan botol-botol di rak almari. Dia pun bertanya kepada Doktor yang bertugas. "Sir, air dalam botol-botol ni saya nak panggil apa?" tanya Hang Nadim. Semasa Hang Nadim bertanya, doktor omputih itu tengah membuka sebuah botol lama untuk mengenalpasti apa isi kandungannya. Lalu terkeluarlah bau-bauan yang busuk dan membuatkan doktor omputih tu berkata " Uhhh... bad... ". Hang Nadim pun mengangguk sambil berkata "ooo..ubat".

Tentang “Dia” 2

Dia suka melihat gelagat dan kelakuan pelanggan-pelanggannya. Pelbagai kerenah yang perlu dia atasi demi memenuhi keperluan dan kehendak setiap pelanggannya. Kebanyakan pelanggannya terdiri daripada kakitangan awam seperti guru dan kerani juga pelajar-pelajar sekolah. Kadangkala dia perlu bertemu dangan pelanggan yang sama setiap hari. Mungkin dari situ ada yang meminati Dia, namun Dia hanya membiarkannya sahaja. Bohong jika dikatakan Dia tidak suka kerana ada yang meminatinya namun dia mendiamkan diri sahaja. Sampailah satu hari ada seorang guru yang dilabelkan Dia sebagai Mr. K bertanyakan kepada Dia, samaada dia sudah ada yang punya atau belum. Dia tidak mahu menjawab soalan itu dan membiarkannya. Hari demi hari Mr. K terus mendesaknya, lama-kelamaan Dia mula bosan dan dia memberi jawapan kepada Mr.K yang dia hanya mahu berkawan tidak lebih dari itu. Selepas kejadian itu, sikap Mr.K semakin pelik dan dingin. Tiada lagi kedengaran senyum dan tawanya yang tinggal hanyalah sunyi sepi sahaja.....



Tuesday, June 30, 2009

Tips Menjadi Wanita Solehah

Antara 9 Siti yang patut dicontohi:

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 mlm td bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.

dari Abang Sayang....

Thursday, June 25, 2009

Tentang “Dia”

Dia seorang gadis ‘bandar’ yang baru sahaja tamat sijil tinggi pelajaran Malaysia (STPM). Setelah beberapa minggu, Dia mencari kerja dan Dia di terima bekerja di sebuah kedai alattulis dan percetakan di bandar yang sama dimana dia tinggal. Dia suka suasana tempat kerjanya yang selesa, rakan sekerjanya yang baik, serta layanan majikan yang amatmemuaskan dan Dia beruntung kerana ibu majikannya suka dan sayang kepadanya kerana sikap Dia yang peramah dan ringan tulang. Setiap hari Dia rutin harian yang sama. Walaupun begitu, Dia tidak pernah merasa jemu. Hari-hari yang Dia lalui adalah hari-hari yang ceria dan menggembirakan. Setiap hari kerjanya makin bertambah. Tambahan pula kedai tempat dia bekerja menerima kontrak percetakan kertas peperiksaan. Jadi kerja Dia semakin bertambah apabila tiba musim peperiksaan, kerana semua kertas peperiksaan perlu di siapkan dalam masa yang singkat. Oleh hal yang demikian, Dia terpaksa pulang lewat untuk menyiapkan segalanya mengikut waktu yang telah ditetapkan.....

Hadiah Terbaik....

Kepada kawan - Kesetiaan


Kepada musuh - Kemaafan

Kepada ketua - Khidmat

Kepada yang muda - Contoh terbaik


Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan

Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan

Kepada manusia - Kebebasan

Mutiara kata..

o JANGAN IMPIKAN SUAMI SEHEBAT RASULLAH S.A.W JIKA DIRI
TIDAK SEANGGUN SAIDATINA KHADIJAH.

o SESIAPA YANG MENINGGALKAN CINTA DUNIA YANG BERLEBIHAN
AKAN DIKURNIAKAN CINTA AKHIRAT YANG HAKIKI.

o PANDANGAN MATA SELALU MENIPU , PANDANGAN AKAL SELALU
TERSALAH , PANDANGAN NAFSU SELALU MELULU , PANDANGAN
HATI ITU YANG HAKIKI , JIKA LAHIRNYA DARI IMAN DAN TAQWA.

o ILMU ADALAH HARTA KEPADA SI MISKIN , ADALAH KEHORMATAN
BAGI SI KAYA , ADALAH KENANGAN DI HARI TUA .

Wednesday, June 24, 2009

Akhirnya Sempurna....

Assalamualaikum semua,
aku gembira sangat akhirnya aku ada jugak blog aku sendiri.
tercapai jugak hasrat aku untuk ada blog.
terima kasih pada abg ku syg (heheheh) yang membantu.
"ape yg penting??? keje same" heheheheh.
gembiranye. ape pn salam perkenalan pada semua.
Dan terima kasih Abg.